Video tular: Suspek kes langgar lari ditahan  - Utusan Malaysia

Video tular: Suspek kes langgar lari ditahan 

TANGKAP layar rakaman video tular memaparkan kekecohan selepas berlaku kejadian kes langgar lari di Kilometer 5, Jalan Seremban-Port Dickson.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Kilometer 5, Jalan Seremban-Port Dickson di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, sejak semalam, turut tular rakaman video dalam media sosial memaparkan kekecohan yang berlaku berikutan kejadian langgar lari itu.

“Suspek berusia 21 tahun itu ditahan pada hari kejadian dan sampel darah diambil untuk ujian toksikologi kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol. 

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila suspek yang memandu dari arah Lukut menghala ke Port Dickson gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar bahagian belakang motosikal ditunggang mangsa berusia 68 tahun yang berada di hadapan kenderaan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham berkata, satu kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya