Ubah suai kereta seludup petrol

Ubah suai kereta seludup petrol

KETUA Pegawai Penguatkuasa PKPDNHEP Perlis, Mohamad Amir Abdullah menunjukkan tangki tambahan yang diubah suai pada Proton Persona untuk menyeludup minyak petrol. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PKPDNHEP) negeri berjaya mematahkan cubaan menyeludup bahan api bersubsidi  RON95 menerusi serbuan yang dilakukan di sebuah stesen minyak di sini, semalam.

Pengarahnya, Norazah Jaapar berkata, serbuan pada pukul 9.15 pagi itu merupakan hasil risikan sejak beberapa minggu lalu oleh anggota penguat kuasa PKPDNHEP Perlis.

Katanya, ketika serbuan, kereta jenis Proton Persona sedang mengisi petrol bersubsidi RON95 ke dalam kenderaan tersebut manakala sebuah lagi kereta Proton Saga telah selesai mengisi bahan bakar berkenaan.

“Pemeriksaan awal ke atas kedua-dua kenderaan itu mendapati kereta Proton Persona telah diubahsuai dengan satu unit tangki tambahan disyaki mengandungi petrol RON95. Selain itu, satu unit jerry can berisi petrol RON95 turut ditemukan dalam kenderaan itu.

“Bagi kenderaan Proton Saga, kita menemukan tiga unit jerry can disyaki berisi bahan bakar bersubsidi itu,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sejumlah 373 liter petrol RON95, empat unit jerry can, satu tangki tambahan dan dua kereta tersebut dengan nilai keseluruhan rampasan RM20,804.65 disita.

Norazah berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 manakala dua suspek warga tempatan berusia 30 hingga 50-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati modus operandi digunakan sindiket ini adalah dengan membeli bahan api bersubsidi itu di beberapa buah stesen minyak dalam negeri dan kemudiannya dijual kepada satu pihak lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya