TikTok: Jakim pandang serius guru KAFA guna pelajar cari tontonan - Utusan Malaysia

TikTok: Jakim pandang serius guru KAFA guna pelajar cari tontonan

AHMAD Marzuk Shaary (kanan) melihat kad dinar selepasmerasmikan K'Late Gold Fest 2022 dan Pelancaran Aplikasi E-DND di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius berhubung trend guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang menggunakan pelajar-pelajar mereka sebagai bahan kandungan untuk meraih jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, semua aktiviti melibatkan sesi pembelajaran dan pengajaran antara guru dengan murid mestilah berpandukan kepada silibus sedia ada.

Menurutnya, sesi pembelajaran tidak sepatutnya berlaku tanpa kebenaran pihak yang berkaitan sama ada Bahagian Pendidikan Jakim, ibu bapa atau murid itu sendiri.

“Kalau tujuan dia (guru KAFA) buat TikTok itu untuk pembelajaran, itu mungkin boleh dibincangkan dari sudut prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan.

“Tetapi, kalau untuk kepentingan dia sendiri…itu adalah satu perkara yang diluar kerangka etika sebagai seorang guru KAFA,” katanya selepas merasmikan K’Late Gold Fest 2022 dan Pelancaran Aplikasi E-DND di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk menolak dakwaan segelintir pihak yang mendakwa pembelian bangunan oleh Tabung Haji (TH)  di London sebagai satu pembaziran.

Katanya, pembelian itu merupakan salah satu strategi perniagaan yang bukan sahaja memberi keuntungan kepada TH tetapi sebaliknya kepada pendeposit juga.

“Keputusan pembelian bangunan itu telah dibuat selepas melalui  SOP yang ketat dan dibuat menerusi sebuah badan pelaburan yang sangat berwibawa,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya