Tidak tolak kemungkinan guru palsu markah murid

Tidak tolak kemungkinan guru palsukan markah murid

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan tidak menolak kemungkinan wujud kalangan guru yang memalsukan keputusan pelajar dalam peperiksaan.

Menterinya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ‘pembohongan’ dalam pemarkahan itu dipercayai bagi memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing tercapai.

Bagaimanapun, katanya, sukar untuk melabel perbuatan golongan itu sebagai menipu kerana proses pemarkahan yang dibuat adalah berdasarkan justifikasi mereka.

“Untuk mengatakan guru ini menipu manakala guru itu tidak, adalah satu perkara yang agak subjektif. Tetapi saya tidak menafikan perkara ini mungkin ada berlaku,” katanya selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-29 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Genting Highlands, Pahang hari ini.

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan menafikan sekeras-kerasnya mengenai satu hantaran Facebook ‘Skala Gred SPM’ yang tular dalam Facebook adalah milik Lembaga Peperiksaan.

Menurut kenyataan itu,  penularan ‘Skala Gred SPM’ berkenaan menggambarkan seolah-olah ia gred pemarkahan sebenar SPM tahun 2020 dan boleh mengelirukan orang ramai, terutama ibu bapa dan calon peperiksaan.

Sementara itu, Radzi berkata, cabaran utama dalam proses Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah kesangsian ibu bapa terhadap guru-guru jika anak masing-masing tidak mendapat tahap penguasaan yang diharapkan.

Katanya, tindakan memberi pemarkahan rendah kepada murid menyebabkan golongan pendidik terpaksa berdepan dengan ibu bapa selain guru besar.

“Sebab itu saya minta Konvensyen Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai transformasi yang perlu diambil dalam konteks pengurusan pendidikan,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya