Tetap sah jika salah sebut nama wali, nama pengantin perempuan -pejabat mufti - Utusan Malaysia

Tetap sah jika salah sebut nama wali, nama pengantin perempuan -pejabat mufti

KELUARGA pengantin perempuan yang menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat katering di Shah Alam, Selangor tetap berharap wang bayaran berjumlah RM13,200 dipulangkan semula.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Akad nikah adalah satu detik mendebarkan buat bakal pengantin lelaki kerana jika terlalu gugup, ia terpaksa diulang beberapa kali. 

Bagaimanapun, jangan bimbang, jika ada yang tersalah sebut nama pengantin perempuan atau nama bapa pengantin perempuan kerana akad nikah itu tetap sah dan tidak melanggar syarat sah dan rukun perkahwinan. 

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel terbaharunya hari ini menjelaskan, sebuah perkahwinan itu dianggap sah apabila memenuhi syarat dan rukun-rukunnya. 

Menurutnya, kesalahan ketika menyebut nama pengantin perempuan atau nama bapa pengantin perempuan tidak menjejaskan akad perkahwinan tersebut. 

“Bahkan, ia dianggap sah di sisi syarak. Hal ini kerana menyebut nama pengantin bukan termasuk dalam syarat-syarat sah perkahwinan.

“Antara syarat sah perkahwinan bagi pengantin perempuan adalah ta’yin iaitu penentuan seorang wanita sebagai isteri,” katanya.

Katanya, syarak menetapkan lima rukun yang wajib dipenuhi ketika akad nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, lafaz (ijab dan qabul), wali dan dua orang saksi. 

PMWP berkata, pada sisi mazhab Syafi’i, sekiranya bapa melafazkan ijab dalam sesuatu pernikahan dengan tanpa menyebut nama atau tersalah sebut nama anaknya, maka pernikahan tersebut juga tetap dianggap sah.

“Tambahan pula, menyebut nama bukan syarat sah dalam akad perkahwinan sebagaimana contoh yang dinukilkan oleh imam al-Nawawi di dalam kitabnya iaitu “Berkata wali: kahwini dia, maka kata suami: aku mengahwininya, sah”,” katanya.

Katanya, berdasarkan kenyataan dan pandangan itu, maka, dapat difahami bahawa akad perkahwinan yang dilaksanakan dalam keadaan tersalah menyebut nama wali atau nama pengantin perempuan tidak menyebabkan batal perkahwinan tersebut. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya