Sultan Nazrin solat sunat AidilAdha bersama 1,000 rakyat - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin solat sunat AidilAdha bersama 1,000 rakyat

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah (dua dari kiri) menunaikan solat sunat AidilAdha di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menunaikan solat sunat AidilAdha  bersama lebih 1,000 jemaah di Masjid Sultan Idris Shah II atau Masjid Negeri di sini hari ini.

Turut berangkat  Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Turut hadir Menteri Besar  Datuk Seri Saarani Mohamad.

Selesai menunaikan solat sunat,  Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidiladha di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzudin Shah di sini.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Berangkat sama Raja Jaafar dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris;  Raja Iskandar Dzulkarnain dan Tunku Soraya Sultan Abdul Halim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya