SPAN serbu hostel pekerja guna air terawat secara haram - Utusan Malaysia

SPAN serbu hostel pekerja guna air terawat secara haram

Sebuah hostel pekerja kilang di Banting, Selangor diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kerana menggunakan bekalan air terawat secara haram.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyerbu sebuah hostel pekerja kilang di Banting, Selangor hari ini kerana menggunakan bekalan air terawat secara haram.

SPAN menerusi kenyatan memaklumkan, serbuan itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan SPAN dengan kerjasama Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, hostel tersebut mempunyai meter air yang sah, namun terdapat juga punca sambungan lain yang tidak melalui meter air yang sah di paip perhubungan milik Air Selangor.

“Semakan lanjut juga mendapati penggunaan air berkenaan untuk kegunaan harian 100 pekerja kilang tersebut.

“Ujian teknikal serta klorin telah dilaksanakan dan hasil ujian tersebut mendapati premis mendapat bekalan air terawat Air Selangor tanpa melalui meter yang sah,” katanya.

Katanya, SPAN mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan tindakan pemotongan bekalan air pada sambungan tidak sah tersebut dilakukan.

Jelasnya lagi, kes disiasat mengikut peruntukan Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang mana jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dimohon untuk memaklumkan kepada operator air anda sekiranya terdapat sebarang kegiatan mencurigakan yang anda syaki berkaitan aktiviti mencuri bekalan air bersih termasuk membuat penyambungan bekalan air secara tidak sah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya