Skim subsidi bersasar jimat RM20 bilion  - Utusan Malaysia

Skim subsidi bersasar jimat RM20 bilion 

MUHYIDDIN Yassin (empat dari kiri) menaiki sebuah bot pada majlis perjumpaan bersama nelayan di Pelabuhan LKIM Chenderingi, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan kira-kira RM20 bilion setahun menerusi pelaksanaan skim subsidi bersasar.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasil penjimatan tersebut boleh disalurkan semula kepada rakyat berpendapatan rendah.

Menurutnya, sebelum ini, hanya 20 peratus pemberian subsidi bersasar itu digunakan oleh golongan B40 dan bakinya pula dinikmati golongan yang tidak layak.

Malah, katanya, hasil kajian satu badan bukan kerajaan sebelum ini mendapati hampir 51 peratus subsidi tersebut digunakan oleh orang yang berada dalam kategori kaya.

“Cadangan kita supaya kerajaan melaksanakan skim subsidi bersasar kerana selama ini semua warganegara dan bukan warganegara yang ada di sini dapat subsidi. Kaya dapat bersubsidi, miskin pun dapat subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama nelayan di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering di sini, hari ini.

Muhyiddin memberitahu, mekanisme pelaksanaan skim tersebut tersebut perlu diteliti kerajaan bagi memastikan bantuan kerajaan itu sampai kepada golongan sasar.

“Pada masa sama, kerajaan juga disyor agar menyegerakan pelaksanaan subsidi bersasar itu untuk mengurangkan tekanan inflasi yang dihadapi rakyat golongan berpendapatan rendah,” ujarnya 

Sebelum ini di Parlimen, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang merangka mekanisme subsidi bersasar bagi membolehkan tiada sesiapa pun dalam kelompok yang memerlukan tercicir daripada menikmati subsidi-subsidi yang disediakan.  –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya