Tiada skim binaan rumah atas tanah milik B40

[SIDANG DUN] Tiada skim binaan rumah atas tanah milik B40

RODZIAH Ismail berucap dalam Sidang DUN Selangor di Bangunan Annex Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini diberitahu kerajaan negeri tidak menyediakan skim pembinaan rumah di atas tanah hak milik sendiri bagi golongan B40. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, dasar perumahan mampu milik yang ditawarkan khusus kepada golongan itu adalah program pemilikan Rumah Selangorku. 

“Ia termasuk penyediaan bagi skim penyewaan iaitu skim sewaan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Smart Sewa.  

“Antara skim bantuan perumahan yang disediakan oleh kerajaan negeri adalah program pemilikan rumah mampu milik di bawah Program Rumah Selangorku,” katanya dalam Sidang DUN.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd. Imran Tamrin (BN-Sungai Panjang) berhubung kerajaan Selangor menyediakan isu dana atau skim khas untuk bantuan bina rumah di atas tanah milik sendiri bagi golongan B40.

Jelas Rodziah berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tahun ini sudah meluluskan pembangunan sebanyak 675 unit Rumah Selangorku.

“Ia melibatkan empat projek untuk ditawarkan sebagai program pemilikan kepada golongan sasaran. Projek itu kini dalam proses mendapatkan kelulusan pembangunan daripada jabatan dan agensi teknikal sebelum memulakan pembinaan di lapangan,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN