[Sidang DUN Melaka] Ayer Keroh jadi hab pusat data kedua terbesar negara - Utusan Malaysia

[Sidang DUN Melaka] Ayer Keroh jadi hab pusat data kedua terbesar negara

AB. RAUF Yusoh bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar ketika Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ayer Keroh dipilih sebagai lokasi pembangunan pusat data kedua terbesar di Malaysia selepas Cyberjaya dengan nilai pelaburan melebihi RM1 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pusat data itu akan dibina di atas tanah berkeluasan lapan hektar.

Menurut beliau, pelabur memilih Melaka kerana lokasinya yang strategik terletak di pertengahan antara Johor dan Kuala Lumpur.

“Perjanjian Ketakdedahan (NDA) telah ditandatangani tiga bulan lalu bersama pelabur dari China. Melaka menjadi satu pilihan strategik untuk syarikat berkenaan mengembangkan pelaburan digital memandangkan negeri ini mempunyai kabel dasar laut untuk rangkaian elektrik yang terletak di Pengkalan Balak, Alor Gajah.

“Pusat data ini dibangunkan di tanah milik syarikat persendirian berkeluasan lapan hektar. Proses jual beli tanah sedang berjalan dan sebaik selesai, kelulusan memulakan kerja akan diberikan,” katanya dalam sidang akhbar ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, kewujudan pusat data itu akan memberi impak besar kepada dunia digital.

Katanya, ini kerana pengkalan data yang diwujudkan kelak bukan sahaja dapat membantu pelbagai sektor di Melaka, tetapi juga untuk negara. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN