Siasat kecuaian Najib, negara berdepan tuntutan RM67.5 bilion  - Utusan Malaysia

Siasat kecuaian Najib, negara berdepan tuntutan RM67.5 bilion 

AMAR Abd. Jalil (empat dari kiri) bersama pimpinan wanita dan pimpinan PKR Cabang Kangar menunjukkan salinan laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak di Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pihak berkuasa perlu menyiasat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang dakwaan kecuaiannya menyebabkan negara berdepan tuntutan RM67.5 bilion daripada waris keturunan Sulu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kangar, Amar Abd. Jalil berkata, tuntutan tersebut ekoran keputusan Najib semasa pentadbirannya menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu.

Katanya, sekiranya Najib tidak cuai dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sudah pastinya semua langkah diambil untuk menghalang dan menangani tindakan undang-undang susulan setelah bayaran itu dihentikan. 

“Kami menuntut agar pihak berkuasa menyiasat Najib di bawah peruntukan Kanun Jenayah sedia ada (Akta 574) dan peraturan-peraturan yang mengikat seorang penjawat awam semasa dalam perkhidmatan.

“Ia seperti Perkara 132 (Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam) dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di bawah Perlembagaan Persekutuan (P.U.A. 395) untuk menentukan unsur-unsur kecuaian yang dilakukan Najib dalam menangani isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

AMK serta pimpinan wanita dan pimpinan PKR Cabang Kangar telah membuat enam laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Selain Kangar, Cabang PKR Padang Besar dan Arau turut membuat laporan sama.

Seterusnya, Amar menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk turut serta membuat laporan polis demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang cintakan negara. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya