Sampai bila hendak puji filem luar sahaja - Natasha Charmaine - Utusan Malaysia

Sampai bila hendak puji filem luar sahaja – Natasha Charmaine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEHADIRAN pelakon dan pengacara, Datin Natasha Chermaine ke tayangan perdana telefilem, 7 minggu sebelum kahwin sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan. Jika dilihat barisan pelakon, namanya tidak tersenarai.

Rupanya dia adalah salah seorang producer bersama telefilem yang menampilkan Nora Danish dan MK K-Clique sebagai pelakon utama itu. Namun, status datin juga membuatkan ramai yang bertanya, bila dia kahwin?

Jadi Jawablah mendapatkan Natasha!

Sebelum kita korek pasal status datin ini, boleh Natasha kongsi bagaimana kerjasama dengan KRU Studios ini boleh terjadi?
Oh soalan panas simpan dulu ya? Sebenarnya saya sendiri teruja apabila ditawarkan untuk menerbitkan telefilem 7 Minggu Sebelum Kahwin ini bersama KRU Studios. Sebelum ini one man show sahaja, sekarang saya mencuba sesuatu yang berbeza.

Saya pernah menerbitkan pelbagai program TV dan drama, tetapi untuk projek sebesar ini, saya lebih senang untuk berkolaborasi. Banyak yang saya belajar sebenarnya.

Natasha tak berani untuk menerbitkan filem sendiri?
Kalau kata tak berani pun boleh juga sebenarnya. Saya masih baharu dan risiko itu sangat besar. Tetapi jika kita lihat di Hollywood sendiri pun, filem-filem mega selalunya diterbitkan oleh beberapa produksi.

Saya rasa industri seni perfileman kita juga perlu lebih terbuka dengan kerjasama antara produksi ini. Lebih banyak idea dan bajet yang besar boleh disalurkan. Dalam industri ini kita tak boleh kerja seorang diri.

Sukarkah sesebuah produksi itu untuk bekerjasama?
Mungkin ada satu dua yang tidak menerima idea itu tetapi kita tidak boleh berpuak-puak atau sailang projek orang lain. Bukan niat saya untuk tegur mereka yang lebih lama, tetapi kita sudah semakin maju.

Sampai bila hendak puji produksi atau naskhah luar. Kita juga mampu sebenarnya. Jadi dengan kerjasama antara produksi, saya yakin kita mampu hasilkan lebih banyak naskhah yang hebat-hebat.

Okay kita simpan sikit soal kerjaya. Bila nikahnya?
Macam itu sahaja ya dia tukar! (Ketawa) Saya sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga November tahun lalu. Alhamdulillah, semuanya dipermudah. Saya seorang mualaf dan proses itu memang banyak. Tetapi semuanya berjalan lancar.

Tetapi ramai yang tidak tahu malah Natasha juga tidak berkongsi perihal perkahwinan di media sosial, mengapa?
Bagi saya, adakala tidak semua perihal peribadi kita perlu kongsi di media sosial. Saya lebih suka keep it private. Sebelum ini saya ada kongsi juga tetapi bila fikir balik, lebih baik ruang media sosial itu saya pamerkan kerja dan aktiviti yang memberi motivasi kepada pengikut.

Bergelar datin di usia 31 tahun, seronok ke?
Seronok ke? Saya fikir itu hanya gelaran. Tapi kadang-kadang lawak juga tau. Ada yang tak percaya saya datin kerana muda lagi.

Malah ada juga yang suka salah sangka dan timbulkan spekulasi tidak benar. Tetapi saya buat tak tahu sahaja. Lebih baik saya fokus kerjaya dan keluarga. Bahagia dengan cara sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya