Sambutan 31 Ogos di Dataran Merdeka dijangka lebih meriah - Utusan Malaysia

Sambutan 31 Ogos di Dataran Merdeka dijangka lebih meriah

ANNUAR Musa bersama Ismail Sabri Yaakob melakukan flag off Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menjangkakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada akhir bulan depan akan diraikan jauh lebih meriah.

Beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 meluahkan keyakinan itu berdasarkan kemeriahan pelancaran kempen kali ini.

“Saya dapat menjanjikan sambutan pada 31 Ogos kelak jauh lebih meriah lagi daripada tahun-tahun sebelumnya dengan beberapa keunikan tersendiri,” katanya kepada pemberita selepas menyertai pelancaran program berkenaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Putrajaya di sini hari ini yang disertai lebih 15,000 orang.

Acara bermula dengan mereka berjalan santai dari Dataran Putra di depan Masjid Putra sebelum bergerak sejauh 2.7 kilometer dan perasmian Konvoi Kembara Keluarga Malaysia.

Hari Kebangsaan 2022 akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur setelah dua tahun diadakan di sini dalam skala kecil susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Perarakan Hari Kebangsaan diperkenalkan pada 1958 setelah setahun negara mencapai kemerdekaan di dataran tersebut yang sebelum itu dikenali sebagai Padang Kelab Selangor.

Sambutan peringkat nasional pernah diadakan di beberapa ibu negeri tertentu dan ada dibuat di Parlimen pada 2009 dengan kehadiran kecil ekoran isu demam selesema ketika itu.

Mengulas lanjut, Annuar mengesahkan tema kali ini Keluarga Malaysia Teguh Bersama selaras prinsip konsep Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Saya menerima banyak permohonan daripada pelbagai pihak untuk menyertai perbarisan namun kita terpaksa had bilangan kontinjen meskipun sambutan amat luar biasa,” jelasnya.

Beliau dalam nada optimis turut berkeyakinan bahawa suasana sambutan pada 31 Ogos nanti amat istimewa selepas dua tahun program itu terpaksa dikecilkan susulan isu pandemik.

Pada masa sama, beliau mengajak rakyat untuk bersama-sama memeriahkan sambutan sebagai menjelmakan kesedaran kenegaraan dan semangat patriotik serta cinta negara. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya