Saman PH Sabah 14 Julai ini - Utusan Malaysia

Saman PH Sabah 14 Julai ini

Pakatan Harapan (PH) Sabah memfailkan tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah berhubung tuntutan 40 peratus hasil negeri, pada Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peng­urusan kes saman ah­li-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Pakatan Harapan (PH) Sabah ter­­hadap Kerajaan Ma­­laysia serta Ke­rajaan Sabah ber­hubung tuntutan 40 peratus hasil negeri ditetapkan 14 Julai ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pegu­am yang mengetuai saman pemula PH itu, Nelson W. Angang berkata, pihaknya kini me­nunggu afidavit ja­wa­pan daripada Jabatan Peguam Negara dan Peguam Negeri Sabah yang mewakili kedua-dua defendan.

“Pihak kami sudah ber­­sedia untuk pen­de­­ngaran kes ini. Jadi, tunggu dan lihat sa­hajalah,” katanya yang juga Setiausaha Agung Par­ti Pertubuhan Kina­balu Progresif (UPKO) semalam.

Perdana Menteri, Da­­tuk Seri Ismail Sabri Yaa­kob sebelum ini me­maklumkan, pem­be­rian khas menerusi geran tahunan dina­ikkan 4.7 kali ganda atau RM125.6 juta ber­banding RM26.7 juta sejak 1973.

Bagaimanapun, pem­bangkang berpendapat, pemberian khas itu ti­dak berdasarkan for­mula 40 peratus yang dipersetujui di awal pembentukan Ma­laysia.

Jun lalu, PH Sabah memulakan tindakan un­dang-undang dan menamakan Kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri Sabah sebagai defendan berhubung tuntutan 40 peratus hasil negeri dikutip kerajaan Persekutuan setiap tahun dari Sabah.

Ini setelah Menteri Ke­wangan, Tengku Da­tuk Seri Zafrul Teng­ku Abdul Aziz pada mesyuarat Parlimen mem­beritahu, rundingan pemberian khas dan formula 40 peratus hasil bersih negeri sudah ‘tidak lagi terpakai’ setelah kajian semula dijalankan pada 1969 hingga 1973. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN