RM37.3 juta barangan bersubsidi cuba diseleweng - Utusan Malaysia

RM37.3 juta barangan bersubsidi cuba diseleweng

ANGGOTA penguat kuasa KPDNHEP menunjukkan minyak masak peket bersubsidi yang dirampas dari sebuah premis kilang memproses makanan di Sikamat, Seremban, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM37.3 juta barangan kawalan dan bersubsidi yang cuba diseleweng dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negara dalam tempoh dua tahun sejak 2020 hingga Mei lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, jumlah itu melibatkan barangan bersubsidi seperti minyak masak, tepung gandum, gula, petrol RON 95, diesel dan tong gas petroleum cecair (LPG).

Katanya, pada 2020 pihaknya merampas sebanyak RM26.78 juta barang kawalan dan bersubsidi manakala RM 6.6 juta (2021) dan sebanyak RM 3.94 juta dalam tempoh lima bulan tahun ini.

“Kita melakukan pemeriksaan terhadap sebanyak 667,256 premis untuk 2020 dan 864,973 premis pada tahun lalu.

“Sejak Januari hingga 31 Mei lalu, KPDNHEP mempergiat pemeriksaan dan pemantauan dengan memeriksa kita-kira 403,071 premis di kawasan bandar dan pendalaman bagi memastikan bekalan mencukupi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam pada itu, menurut Azman, pihaknya menumpukan pemeriksaan terhadap 10 jenis barangan komoditi terpilih bagi memastikan tidak berlakunya gangguan bekalan terutama sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Katanya, ia melibatkan gula, tepung gandum, minyak masak, susu tepung, roti, beras, bawang, sayur, telur ayam dan ayam.

Jelasnya, KPDNHEP pada setiap hari menggerakkan lebih 2,000 anggota penguat kuasa di seluruh negara untuk melakukan pemeriksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN