Rezeki kahwin muda, terima Bantuan Raja Sehari - Utusan Malaysia

Rezeki kahwin muda, terima Bantuan Raja Sehari

MOHAMAD Aiman Hakim Mohd. Salleh 20, bersama isteri Nur Asyura Ashri 21, menerima replika cek bernilai RM1000 bagi penerima bantuan kasih Bangsa Johor Raja Sehari sempena Majlis Korban Perdana di Rumah Orang Semerah, Semerah Batu Pahat disini.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pasangan pengantin Mohamad Aiman Hakim Mohd. Salleh 20, dan isterinya, Nur Asyura Ashri, 21, bersyukur apabila permohonan Bantuan Raja Sehari yang dibuat mereka sebelum ini diluluskan.

Lebih manis, replika cek bantuan berkenaan berjumlah RM1,000 itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid sempena Majlis Korban Perdana di Rumah Orang Semerah, Batu Pahat di sini semalam.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, pasangan yang masih dalam ‘mood’ bulan madu itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Mohd. Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah atas bantuan berkenaan.

“Rasa terharu dan gembira atas Bantuan Kasih Bangsa Johor ini kepada kami yang baru melangsungkan majlis pernikahan pada bulan Mei lalu.

“Tak sangka pula kami merupakan pasangan pertama menerima bantuan sebanyak RM1,000 di DUN Semerah,” kata Mohamad Aiman Hakim.

Menurutnya, mereka melangsungkan majlis akad nikah pada 21 Mei lalu di rumah Nur Asyura di Parit Karjo, Parit Raja.

Dia yang bertugas sebagai pekerja am di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Manggis mula berkenalan dengan isterinya pada tahun 2020 di D Garden ketika bersiar-siar di taman rekreasi berkenaan.

Nur Asyura yang bekerja sebagai operator di kilang Ramatex menyambut baik lamarannya setelah berkenalan selama dua tahun.

“Suami saya sangat gentleman (budiman) kerana dia berani jumpa ibu bapa saya untuk menyampaikan hasrat meminang saya.

“Itu yang membuat ibu bapa saya percaya akan tanggungjawab suami apabila berani berjumpa ibu bapa saya walaupun umur dia baru 20 tahun,” katanya.

Pasangan muda itu mengaku mereka tidak menyesal berkahwin pada usia muda kerana masing-masing sudah bekerja dan mampu hidup berkeluarga walaupun mempunyai pendapatan hanya ‘cukup makan’.

“Kami percaya rezeki orang berkahwin ini akan bertambah dengan izin Allah dan bercadang dapat anak secepat mungkin pada usia muda,” kata Nur Asyura.

Pasangan tersebut merancang untuk mengadakan majlis persandingan di rumah pengantin lelaki di Sungai Rambut, Parit Raja pada Oktober depan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya