JOHOR BAHRU: Sebanyak 305 bungkus daging kambing korban diagihkan kepada golongan asnaf dan anak yatim sempena Hari Raya Aidiladha di Restoran The J Seri Alam, Bandar Seri Alam, Masai di sini hari ini.
Pengarah restoran itu, Mohamed Ali MK Osman berkata, program itu kali pertama majlis ibadah korban diadakan di restoran berkenaan.
“Sebanyak 15 ekor kambing dikorbankan sempena Aidiladha dengan melibatkan 30 petugas bermula dari proses penyembelihan sehingga melapah.
“Kesemua daging kambing seberat satu kilogram ini diagih-agihkan kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim serta penduduk sekitar,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Pada majlis itu juga diadakan jamuan makan bersama-sama anak yatim yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Seri Alam Suprintendan. Mohd Sohaimi Ishak. –UTUSAN ONLINE