Pulau Pinang hantar petugas dalam misi bantuan pasca banjir di Baling - Utusan Malaysia

Pulau Pinang hantar petugas dalam misi bantuan pasca banjir di Baling

KERAJAAN negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif menghantar 59 petugas MBPP dan MBSP bagi misi bantuan pasca banjir di Baling, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif menghantar 59 petugas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi misi bantuan pasca banjir di Baling, Kedah.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kesemua petugas MBPP dan MBSP itu akan terlibat dengan kerja-kerja pembersihan antaranya mengalihkan pokok, mencuci rumah dan selut serta mengalihkan perabot yang rosak di kawasan yang terjejas akibat banjir itu.

“Seramai seorang pegawai dan 20 petugas (Wira Oren MBSP) bertolak ke Baling semalam manakala 38 petugas MBPP digerakkan pagi ini.

”Selain kerajaan negeri, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk bomba sukarela ke daerah tersebut semalam untuk memberi bantuan kecemasan kepada penduduk yang terlibat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow, pasukan MBSP membawa lima kenderaan iaitu masing-masing sebuah lori tangki; lori RORO; kren; ‘tail lift’ dan ‘keeper’. 

”Selain itu, mereka turut dilengkapi peralatan lain seperti ‘chain saw’, pemotong dan ‘mobile water jet’.

“Sementara itu, pasukan bantuan daripada MBPP pula dilengkapi peralatan dan jentera seperti lori combi; ‘Skid Loader’; ‘Multi Purpose Loader’ dan sebagainya,” katanya.

Tambah beliau, selain bantuan pembersihan Mutiara Food Bank juga menghantar makanan yang dimasak ke kawasan yang terjejas akibat banjir itu.

“Kita berharap dengan bantuan yang disalurkan pelbagai pihak, penduduk yang terkesan dengan banjir akan dapat menjalani kehidupan dengan baik selepas ini,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya