PRU penyelesai masalah negara

PRU penyelesai masalah negara

ISU kenaikan harga dan ketiadaan bekalan harga barang seperti minyak masak, ayam dan telur dikatakan berpunca daripada kemelut politik yang berpanjangan dan pembentukan kerajaan yang tidak stabil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah penyelesaian kepada segala masalah negara ketika ini yang berkisar tentang isu kenaikan harga barang dan kemelut politik berpanjangan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menjawab kritikan pelbagai pihak yang mendakwa UMNO yang mahukan PRU15 disegerakan berkata, kerajaan hari ini dibentuk menerusi kerjasama secara paksa sekali gus memberi kesan kepada iklim pelaburan.

“Semua yang tunggu hendak melabur cuma nak tahu kerajaan sekarang boleh kekal atau tidak. Kerajaan yang ada ini dibentuk menerusi kerjasama secara paksa yang apabila pilihan raya berlaku tiada siapa tahu kerajaan mana yang dipilih.

PELABUR

“Lagi lama tidak dibuat PRU lagi lama kita tunggu, pelabur akan beralih ke negara lain. Di Pasir Gudang, Johor, pelabur-pelabur di situ tidak mahu besarkan operasi mereka kerana masih menunggu PRU.

“Lagi pun kita tahu kerajaan yang akan muncul nanti (selepas PRU) bukannya kerajaan sekarang yang akan berlawan sesama mereka membentuk pakatan masing-masing,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Isu mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 merupakan antara perkara yang dibangkitkan akar umbi UMNO.

Namun, desakan itu dikritik pelbagai pihak termasuk pembangkang apabila menyifatkan UMNO hanya pentingkan diri sedangkan rakyat kini bergelut dengan kesusahan hidup.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut mengandaikan sesetengah menteri tidak bersungguh-sungguh dalam kerja mereka kerana ‘jika sesuatu masalah berjaya diatasi, ia akan menguntungkan musuh mereka’.

“Antaranya dalam soal pertanian dan perdagangan dalam negeri yang kalau dibuat (diuruskan) betul-betul, yang untungnya Perdana Menteri dari Barisan Nasional, sedangkan mereka akan lawan BN (dalam PRU15).

“Dan apakan daya Perdana Menteri jika menterinya tidak mencapai matlamat dan daya saing ‘sebab kaki dan tangan Perdana Menteri terikat’, usik dan ubah, semua jawatan hilang.

Kata beliau lagi: “Soalnya, kita perlu Kabinet yang sangat kuat dan kompeten hari ini. Kuat itu bukan berlawan sesama sendiri tetapi kompeten dan stabil. Kuat dari segi kekuatan berfikir dan bekerja hanya dapat dibentuk menerusi PRU15.

“Tetapi bukanlah seperti Kabinet yang ada ini… kahwin paksa,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN