Polis Kelantan tingkat risikan berkait penyeludupan subsidi - Utusan Malaysia

Polis Kelantan tingkat risikan berkait penyeludupan subsidi

MUHAMAD ZAKI HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan akan mempertingkatkan lagi risikan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dalam usaha mendapatkan lebih banyak maklumat berkait dengan aktiviti penyelewengan subsidi ke negara jiran.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya juga akan mendapatkan kerjasama dari pihak berkuasa Thailand dalam mengekang aktiviti berkenaan.

Menurutnya, Polis Kelantan juga akan membuat semakan ke atas jenama-jenama minyak masak peket yang dijual di negara jiran.

“Hasil risikan berkait dengan aktiviti akan membolehkan pihak kita membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam membendung ketirisan tersebut.

“Untuk makluman, polis Kelantan mengambil serius isu berkait penyelewengan minyak masak bersubsidi ke negara jiran,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan minyak masak peket Malaysia `pelaris’ di pasaran Golok apabila bahan mentah itu dijual tanpa kawalan dan bebas. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya