Penghantar makanan hina Islam direman 4 hari  - Utusan Malaysia

Penghantar makanan hina Islam direman 4 hari 

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki yang menghina Islam seperti yang tular dalam media sosial semalam akan direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Kuala Lumpur bermula hari ini sehingga 21 Julai ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam satu kenyataan memberitahu, suspek akan direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini di lokap IPD Dang Wangi oleh  Majistret Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin dalam satu kenyataan berkata, siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman,” jelasnya.

Terdahulu, suspek berusia 39 tahun itu ditahan pukul 12.30 tengah semalam di sebuah rumah di Taman Bukit Kuchai, Puchong.

Suspek yang juga duda dan bekerja sebagai penghantar makanan itu ditahan susulan satu video berdurasi 36 saat yang tular dalam laman Instagram.

Video tular itu memaparkan suspek menghina Allah, agama Islam dan bangsa Melayu pukul 3.28 pagi kelmarin. 

Susulan itu, sebanyak enam laporan polis dibuat oleh orang awam dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.–UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN