BUTTERWORTH: Pengguna di sini kecewa apabila berdepan kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak peket bersubsidi yang kini menjadi alternatif minyak masak botol dua hingga lima kilogram (kg) yang telah dimansuhkan subsidinya bermula 1 Julai lalu. Suri rumah, Noor Herdayu Rohime, 35, berkata, dia kini beralih menggunakan minyak masak peket bersubsidi yang jauh lebih murah namun berdepan kesukaran mendapatkannya di pasaran. “Saya dapati pihak pengurusan di sesetengah pasar raya mahupun kedai runcit…