Pengawas SPM 2021 kecewa belum terima elaun - Utusan Malaysia

Pengawas SPM 2021 kecewa belum terima elaun

KEPUTUSAN SPM 2021 sudah sebulan diumumkan- UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengawas Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa masih belum memperoleh elaun ikthisas dan elaun tuntutan perjalanan sehingga hari ini.

Kelewatan tersebut umpama tidak menghargai pengorbanan mereka berikutan keputusan peperiksaan itu sudah lama diumumkan.

Perkara itu dikongsikan pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Anuar Ahmad dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

“Untuk makluman Dr., kami pengawas SPM 2021 sehingga kini masih belum mendapat elaun ikhtisas dan elaun tuntutan perjalanan dan sidang bagi bulan Mac sehingga hari ini.

“Keputusan SPM sudah keluar tetapi kami sebagai guru yang terpaksa berkorban masa cuti untuk mengawas SPM ibarat langsung tidak dihargai,” menurut hantaran tersebut.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin sebelum ini pernah mengarahkan Lembaga Peperiksaan supaya meneliti dan membayar segera elaun petugas pentaksiran dan pemeriksaan SPM 2021 itu mulai 9 Jun lepas. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya