Pempengaruh disaman tiada lesen memandu, nombor plat fancy - Utusan Malaysia

Pempengaruh disaman tiada lesen memandu, nombor plat fancy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan seorang pempengaruh terkenal memandu tanpa lesen yang sah mengundang padah apabila dia disaman ketika ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, susulan itu, pihaknya mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan dilakukan, lelaki berkenaan bukan sahaja tiada lesen memandu, malah, nombor pendaftaran kenderaannya juga tidak mengikut spesifikasi.

“Justeru, polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN