Pemandu cemas kereta rempuh pak belang - Utusan Malaysia

Pemandu cemas kereta rempuh pak belang

TANGKAP layar video yang menunjukkan sebuah kenderaan merempuh pak belang dalam kejadian di jalan Tok Bok-Selising, Machang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila terlanggar seekor harimau belang yang melintas secara mengejut di Jalan Tok Bok-Selising di sini, malam tadi.

Kejadian pukul 11.24 malam itu dirakam oleh kamera hadapan yang terdapat pada kenderaan tersebut.

Rakaman berdurasi selama 16 saat itu menunjukkan pak belang keluar secara mengejut dari kawasan hutan berhampiran lokasi kejadian.

Pemandu berkenaan gagal mengelak susulan terkejut dengan kehadiran haiwan liar itu.

Video tersebut kemudiannya tular dalam aplikasi TikTok sekali gus mendapat pelbagai respon daripada masyarakat.

Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Rengas yang mahu dikenali sebagai Wan Hamzah, 36, mengakui terkejut selepas melihat video tersebut tular dalam laman sosial.

Katanya, susulan itu, dia terus keluar untuk membuat tinjauan dan mendapati lokasi tersebut sama dengan apa yang terkandung dalam rakaman tersebut.

“Jadi, saya minta pihak berkenaan supaya dapat turun padang untuk membuat pemeriksaan berkait dengan kejadian itu.

“Langkah awal ini penting bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN