[PARLIMEN]: Syed Saddiq persoal penolakan usul tuntutan waris Kesultanan Sulu - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: Syed Saddiq persoal penolakan usul tuntutan waris Kesultanan Sulu

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat menolak usul tuntutan waris Kesultanan Sulu.

Syed Saddiq menegaskan, Parlimen seharusnya menjadi platform untuk berbahas berkenaan isu-isu rakyat dan negara, manakala wakil rakyat berhak berbuat demikian.

“Dekat media sosial bukan main lagi, semua salah PH (Pakatan Harapan). Bila Ahli Parlimen Kota Belud nak usulkan untuk bahas isu tuntutan waris Kesultanan Sulu, ditolak!

“Kenapa isu penting-penting semua ditolak? Dulu bila negara dilanda banjir pun usul ditolak.

Parlimen dah bersidang tapi tak boleh bahas. Sebagai ahli Parlimen, inilah tempat kami untuk berbahas isu-isu Rakyat dan Negara. Pelik bin Ajaib,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung dua hari berikutan tindakannya mempersoal usul yang ditolak tentang tuntutan Sulu.

Arahan itu dikeluarkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon selepas menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mempengerusikan majlis ketika itu.

Dalam pada itu, Syed Saddiq mempertahankan tindakan Isnaraissah Munirah dan beliau bersama dengan Ahli Parlimen Belud itu.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri kena jelaskan kepada rakyat. Sila bertanggungjawab dan telus kepada rakyat,” tegas beliau. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya