Kerajaan tetap teruskan projek rel walaupun ada kekangan

Kerajaan tetap teruskan projek rel walaupun ada kekangan

Projek ECRL bukan punca air termenung di di Kampung Rawai. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meskipun berdepan kelewatan akibat pelbagai kekangan, kerajaan tetap meneruskan semua perancangan pembangunan rel sedia ada.

WEE Ka Siong

Menjelaskan perkara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, sebagai contoh, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepatutnya siap pada 2024, namun, disebabkan kekangan tertentu, projek itu perlu dimulakan dengan lebih cepat.

“Kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor kerana sebelum ini, kita tidak mendapat kebenaran selama 18 bulan, tetapi, selepas perbincangan sebanyak 37 kali, kita dapat persetujuan dengan kerajaan negeri.

“Kini, kita senada dengan semua negeri untuk menyiapkan projek ini mengikut waktu yang dirancang walaupun dianjak ke belakang sedikit.

“Kesannya, mereka yang mahu balik ke Kota Bharu, mungkin ambil masa tujuh ke lapan jam, kalau Aidilfitri, mungkin 12 jam, tetapi, dengan kelajuan (ECRL), maka, ia contohnya disingkatkan kepada empat jam saja,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian)  dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu, Ahmad meminta kerajaan menjelaskan langkah untuk membaiki ‘kesilapan’ kerajaan terdahulu dalam tempoh 22 bulan bagi memastikan projek untuk manfaat rakyat dapat diteruskan tidak kira pun yang memerintah. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya