Pahang Pride Kid kempen tambah bilangan anak Pahang

Pahang Pride Kid kempen tambah bilangan anak Pahang

MOHD. SHARKAR Shamsudin mendukung seorang bayi dalam program Pahang Pride Kid 2022 di Dataran Tok Gajah di Temerloh, Pahang. - UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Program Pahang Pride Kid 2022 yang memberi insentif RM200 bagi kelahiran baharu merupakan inisiatif kepada ketua keluarga untuk berusaha menambah bilangan anak negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, lebih menarik setiap kelahiran akan ditanam sebatang pokok sebagai simbolik kelahiran bayi ini iaitu tradisi orang tua untuk mengetahui usia anak.

Beliau berkata, pendekatan ini diharap menjadi pemangkin kepada peningkatan penduduk Pahang kerana yang jumlahnya ketika ini sekitar 1.67 juta orang, masih rendah dibandingkan dengan negeri lain.

“Insentif RM200 itu membabitkan RM100 dalam bentuk wang simpanan manakala RM100 barangan keperluan bayi dan ibu.

“Bermula tahun depan, kerajaan negeri juga telah pun bersetuju insentif Pahang Pride Kid ini dinaikkan daripada RM200 kepada RM300,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penanaman Pokok sempena program Pahang Pride Kid 2022 Parlimen Temerloh di Dataran Tok Gajah di sini hari ini. 

Seorang ibu muda, Noridawati Irfan, 26, berbangga kerana anak sulungnya Mohd. Iman Firas Mohd. Falik Zulfikri, yang berusia sebulan mendapat sumbangan kerajaan negeri.

“Saya berbangga menjadi anak Pahang kerana pemimpin negeri tidak melupakan rakyat dengan melaksanakan program ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN