Muip sumbang RM50,000 bantu mangsa banjir di Baling

Muip sumbang RM50,000 bantu mangsa banjir di Baling

ASMADI ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) menyumbangkan RM50,000 bagi membantu mangsa musibah banjir dan kepala air di Baling, Kedah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr. Asmadi Abdul Rahman berkata, sumbangan wang tunai itu disampaikan melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

“Kita akui ada dalam kalangan mangsa banjir mengalami kerugian  harta benda dan kehilangan nyawa akibat  tragedi itu. Menjadi tanggungjawab bersama dalam usaha membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi berdepan dengan musibah seperti ini.

“Jadi, kita harap sedikit sebanyak sumbangan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Asmadi berkata, Kedah merupakan  negeri ketiga dibantu oleh Muip selain Terengganu dan Kelantan yang dilanda banjir awal tahun lalu.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN