KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) wajar dimansuhkan kerana dilihat tidak memberi manfaat dalam membantu merangka strategi pemulihan ekonomi negara. Sebaliknya, majlis dipimpin bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dilihat cuba digunakan sebagai platform untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hal-hal berkepentingan politik. MUHYIDDIN YASSIN Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Prof. Dr. Jeniri Amir berkata, sejak ditubuhkan pada September 2021, MPN tidak berperanan…










