Maritim Malaysia tahan tekong, dua kru bot hilang di perairan Terengganu

Maritim Malaysia tahan tekong, dua kru bot hilang di perairan Terengganu

SEBAHAGIAN pemancing menangis kegembiraan selepas bertemu ahli keluarga di Jeti Maritim Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Tekong dan dua kru bot yang mengalami kerosakan di Laut China Selatan sewaktu membawa 10 pemancing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), hari ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Saufi Mohd. Ramli berkata, siasatan awal mendapati mereka yang berusia dalam lingkungan 39 hingga 46 tahun itu mengendalikan trip memancing itu tanpa permit sah daripada Jabatan Laut.

Bot tersebut juga sebenarnya tidak sesuai untuk aktiviti rekreasi memancing. Ia tidak dilengkapi dengan alat komunikasi dan kelengkapan rawatan awal.

“Trip memancing ke kawasan pelantar minyak juga adalah aktiviti yang dilarang oleh undang-undang,” katanya di sini, hari ini.

Muhammad Saufi berkata, kesalahan melibatkan bot sama bukan pertama kali dilakukan kerana ia pernah dikenakan tindakan oleh Maritim Malaysia  atas perbuatan sama pada dua tahun lalu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN