MAINJ bantu warga emas miliki kelengkapan rumah

MAINJ bantu warga emas miliki kelengkapan rumah

Azman Ibrahim dan Asmah Daud menunjukkan mesin basuh dan peti sejuk sumbangan MAINJ di Kampung Parit Ibrahim, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pasangan warga emas, Asmah Daud, 68, dan Azman Ibrahim, 66, menyifatkan Aidiladha pada tahun ini cukup bermakna setelah terpilih menerima sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam Program Isaniah di Kampung Parit Ibrahim, di sini.

Sumbangan berupa sebuah mesin basuh, peti sejuk, tikar getah dan kabinet dapur memasak.

Menurut Asmah, dia beker­ja sementara menggantikan pekerja pembersihan di sebuah institut pendidikan yang bercuti dengan bayaran RM50 sehari.

Suaminya yang menghadapi masalah kabur penglihatan tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja kampung.

“Selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 sebulan, bayaran gaji harian sebagai pekerja pengganti digunakan bagi menampung perbelanjaan harian,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Parit Ibrahim.

Majlis penyerahan barangan tersebut dihadiri Penasihat MAINJ, Datuk Dr. Noh Gadot serta para pegawai MAINJ ne­geri dan cawangan Pontian.

Bagi mendapatkan pendapatan tambahan, pasangan itu turut membuat penyapu lidi daripada daun kelapa sawit yang dijual RM2.50 seikat yang diambil dari kebun kelapa sawit berhampiran rumah.

Sementara itu, Ketua Kampung Kawasan (3) Mukim Pontian, Zaini Saat berkata, selain menyampaikan sumbangan ke­pada pasangan itu, program Isaniah turut membantu golo­ngan asnaf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN