LZS lanjut permohonan tajaan pendidikan - Utusan Malaysia

LZS lanjut permohonan tajaan pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melanjutkan permohonan tajaan pendidikan dermasiswa ke Mesir dan Jordan sehingga 14 Julai depan.

Pihak LZS berkata, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dipelawa memohon dermasiswa berkenaan.

“Antara syarat kelayakan adalah pemohon sudah mengemukakan permohonan untuk menyambung pelajaran ke Asia Barat melalui Kementerian Pengajian Tinggi.

“Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://epengajiantinggi.jais.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh mengunjungi Unit Pengajian Tinggi dan Sepanjang Hayat Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor atau hubungi talian 03-55143400 atau Whatsapp ke 010-3437054. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya