Lapan kenderaan musnah akibat kebakaran hutan - Utusan Malaysia

Lapan kenderaan musnah akibat kebakaran hutan

NORAZAM KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Lapan kenderaan musnah selepas hutan berhampiran Jalan Nova U5/94A Laman Permai di sini malam tadi, terbakar. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi tadi memusnahkan lapan kenderaan yang diletakkan di hadapan bengkel berhampiran kawasan itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.29 malam.

“Sejurus selepas menerima panggilan, sepasukan 15 anggota bersama dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati berlaku kebakaran hutan yang turut menyebabkan lapan kenderaan terbakar. Operasi pemadaman segera dilakukan hingga kebakaran berjaya dikawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN