KSM, KDN bincang isu pembekuan pekerja asing Indonesia esok - Utusan Malaysia

KSM, KDN bincang isu pembekuan pekerja asing Indonesia esok

M. SARAVANAN dan Reezal Merican Naina Merican bersama salah seorang penerima faedah pencen penakat daripada Perkeso pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di ILP Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) esok bagi meneliti dan memperhalusi isu yang melibatkan pembekuan pekerja asing khususnya dari Indonesia secara lebih berhemah.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, ketika ini, isu melibatkan pekerja dari Bangladesh berjaya diselesaikan di peringkat Suruhanjaya Tinggi mereka di sini secara berperingkat.

Katanya, dengan pengesahan itu, kumpulan warga asing berkenaan akan ditempatkan di beberapa sektor termasuk perladangan, pembangunan, perkilangan, pertanian serta perkhidmatan.

“Bagi isu melibatkan pekerja asing dari Indonesia pula, kita akan bincangkan esok bersama Menteri KDN (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) atau tunggu pandangan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) untuk dapatkan satu penyelesaian.

“Kita tidak ada masalah (dengan Indonesia) dan saya akan bincang dengan beliau (Hamzah) sebelum kita buat satu pengumuman. Ini melibatkan dua kementerian (KDN dan KSM). Jadi, tidak eloklah jika hanya saya sahaja yang jawab,” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, hari ini.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan enggan memanjangkan isu membabitkan Malaysia dan Indonesia selain mahu penyelesaian segera dilakukan oleh dua kementerian yang berkenaan.

Terdahulu, Indonesia menghentikan penerimaan sebarang permohonan baharu untuk mendapatkan pekerja asing dari negara itu untuk semua sektor buat masa ini.

Bagaimanapun, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, permohonan yang diluluskan boleh diteruskan.

Difahamkan, antara salah satu sebab keputusan itu dibuat adalah penggunaan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (SMO) yang sepatutnya tidak terpakai kepada pembantu rumah Indonesia berikutan MoU yang ditandatangani pada April lalu. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya