Kementerian wanita turut bantu cari Zalina - Utusan Malaysia

Kementerian wanita turut bantu cari Zalina

Zalina
ZALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan membantu menguar-uarkan kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman menerusi platform media sosial kementerian itu. 

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya bersimpati dengan kehilangan itu dan mendoakan bekas pembaca berita yang dicari pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu ditemui dalam keadaan selamat.

  “Kita memerlukan kerjasama semua pihak walaupun berita kehilangannya sudah lebih tujuh bulan sejak November tahun lalu,” katanya selepas Persidangan Meja Bulat Wanita Bangkit 2022 di Glenmarie di sini, hari ini.

RINA HARUN

Terdahulu, polis mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hotel di sini dan gambar yang dikatakan mirip Zalina pada 18 Julai bagaimanapun disahkan sebagai seorang gelandangan

Zalinan, 58, yang digambarkan berkulit hitam manis dan bertubuh kecil itu beralamat akhir di Seksyen 3 di sini, manakala laporan kehilangannya dibuat keluarga sejak 29 November tahun lalu.

Jelas Rina, beliau turut mengharapkan keprihatinan rakyat Malaysia bagi membantu mengesan personaliti yang hilang itu.

Tambah beliau, ahli keluarga Zalina juga diharap tidak berputus asa dan cekal meneruskan usaha mencarinya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.