Kongres AMK cukup korum

Kongres AMK cukup korum

SERAMAI 380 perwakilan hadir dalam Kongres Nasional PKR Ke-16 peringkar AMK di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 380 perwakilan dari seluruh negara hadir ke Kongres Nasional PKR Ke-16 peringkat Angkatan Muda Keadilan (AMK) menjadikan jumlah tersebut cukup untuk meluluskan sebarang usul.

Setiausahanya, Syukri Razab berkata, AMK memerlukan kehadiran sekurang-kurangnya 200 perwakilan bagi membolehkan usul diluluskan serta pengundian barisan exco baharu sayap PKR itu dilaksanakan.

Beliau berkata, kehadiran sepatutnya lebih daripada itu, namun status perwakilan tidak dapat disahkan oleh urusetia disebabkan mereka perlu memastikan diri menghadiri mesyuarat agung di peringkat cabang dan proses pemilihan parti.

Kongres peringkat AMK itu dirasmikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas majlisnya bermula kira-kira pukul 9.20 pagi tadi.

Hadir dalam kongres tersebut adalah wakil daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) seperti Timbalan Ketua Jawatankuasa Eksekutif Pemuda DAP (DAPSY) Young Syefura Othman; Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Abbas Azmi dan wakil Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya