Keputusan peperiksaan SVM Semester 4, PASM dikeluarkan esok - Utusan Malaysia

Keputusan peperiksaan SVM Semester 4, PASM dikeluarkan esok

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2021 akan dikeluarkan esok.

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2021 juga dikeluarkan serentak.

“Slip keputusan peperiksaan bagi calon SVM Semester 4 dan pelaporan PASM bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) boleh diperoleh dari kolej vokasional atau sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi esok,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.