Jangan sertai flash mob bantah kenaikan barang - Acryl Sani

Jangan sertai flash mob bantah kenaikan barang – Acryl Sani

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyertai sebarang aktiviti flash mob atau perhimpunan yang tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, kata Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Ketua Polis Negara itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran video di media sosial yang mengajak orang ramai menyertai flash mob di seluruh negara bagi membantah kenaikan harga barang.

“Justeru itu, PDRM akan memantau dan memastikan situasi keselamatan negara tidak terjejas.

“Pada masa sama, masyarakat diminta memberi kerjasama dengan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, polis Selangor mengesahkan tiada menerima sebarang notis permohonan berhubung penganjuran flash mob berkaitan kenaikan harga barang yang dikatakan diadakan hari ini.

Difahamkan, flash mob anjuran parti politik itu akan diadakan pada pukul 5.15 petang di seluruh negara.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana individu atau penganjur flash mob terbabit.

Polis Selangor akan menghantar anggota dari semua daerah untuk memantau di setiap lokasi flash mob terbabit bagi mengawal keselamatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN