KUALA SELANGOR: Kerajaan negeri Selangor diingatkan supaya tidak mengambil jalan mudah meruntuhkan Stadium Shah Alam atas alasan kos penyelenggaraan yang tinggi. Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, sebagai anak Selangor, stadium tersebut mempunyai nilai sentimental kepada dirinya dan juga rakyat negeri ini. NOH OMAR “Mengapa perlu diruntuhkan Stadium Shah Alam atas alasan kos penyelenggaraan yang tinggi. Semasa awal kewujudan stadium tersebut pada tahun 1993, saya turut terlibat…










