Ibu reda takdir jasad anak ditemukan tinggal rangka

Ibu reda jasad anak ditemukan tinggal rangka

Asmawati Kadir menyiram air di pusara Allahyarham Muhammad Iman Aqmar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, Masai, Johor, hari ini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ibu Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain reda dengan takdir anak sulungnya ditemukan dalam keadaan jasad tinggal rangka di Sungai Api-api di Pekan, Pahang, Sabtu lalu.

Pada masa yang sama Asmawati Kadir, 55, turut mengakui lega dan lapang dada setelah beban rindu lebih sembilan bulan terhadap Allahyarham Muhammad Iman Aqmar terjawab.

Dalam tempoh tersebut dia sering tertanya-tanya di mana anaknya yang hilang sejak 29 Oktober tahun lalu, lebih-lebih lagi ketika cuaca hujan kerana khuatir tentang keselamatannya.

Ibu kepada dua anak tersebut turut bersyukur jasad anaknya ditemukan dan segala urusan pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang berjalan lancar.

“Alhamdulillah, syukur dan terima kasih Allah kerana beri pinjamkan Muhammad Iman Aqmar selama 24 tahun kepada saya. Dia seorang anak yang terbaik buat saya.

“Saya reda dengan cara pemergian Allahyarham, ia sudah ketentuan Allah SWT. Perjalanan terakhirnya ke negeri abadi juga berjalan lancar, tiada lagi beban rindu yang tiada berkesudahan,” katanya ditemui selepas upacara pengkebumian, di sini awal pagi tadi.

Berita berkaitan:

Suasana pilu menyelubungi upacara pengkebumian Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang dihadiri kira-kira ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan penduduk kampung.

Menurut Azmawati, dalam tempoh hampir 10 bulan kehilangannya, setiap masa dia mengingati arwah serta sering tertanya di manakah anaknya itu berada.

“Penantian itu saya rasa seperti melahirkannya semula. Rasa sangat lega setelah dia ditemui selepas sembilan bulan 10 hari,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya