Hujan lebat lebih dua jam diramal di utara Semenanjung

Hujan lebat lebih dua jam diramal di utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebanyakan tempat di negeri-negeri di utara Semenanjung melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dijangka hujan lebat berterusan melebihi dua jam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), beberapa kawasan itu diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 6 petang ini. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Baling); Pulau Pinang. 

“Selain itu di Sabah, Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau dan Kunak) dan Sandakan (Sandakan),” menurut laman Facebook rasminya. 

Tambah Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN