Elak riadah kawasan air pasang besar - Utusan Malaysia

Elak riadah kawasan air pasang besar

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat melakukan rondaan di Pantai Telok Kemang petang tadi susulan jangkaan berlaku fenomena air pasang besar bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Orang ramai dinasihat agar tidak beriadah di persisiran pantai di daerah ini ketika fenomena air pasang besar dijangka berlaku sehingga 17 Julai ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Azizee Alias berkata, kawasan pesisir terlibat termasuklah di Pantai Telok Kemang yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk berkelah.

“Pihak bomba telah menjalankan rondaan bermula pukul 6.30 petang tadi. Hasil pemantauan mendapati kawasan persisiran pantai tidak ramai pengunjung dan juga tiada aktiviti perkhemahan.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan menghindari daripada melakukan aktiviti di kawasan pantai sepanjang fenomena air pasang besar ini berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Azizee, seramai lima orang anggota bomba ditugaskan untuk melakukan rondaan sehingga 17 Julai ini. 

Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dalam kenyataannya memaklumkan, penduduk di kawasan persisiran pantai di seluruh negara dinasihatkan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini.

Fenomena itu berlaku disebabkan pengaruh tarikan graviti bulan dan matahari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN