Dr. Syukor Abdul Razak dilantik Timbalan Naib Canselor UniSZA - Utusan Malaysia

Dr. Syukor Abdul Razak dilantik Timbalan Naib Canselor UniSZA

DR. Shukor Abdul Razak (tengah) bergambar bersama kakitangan UniSZA selepas Sesi Lapor Diri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di Bangunan Canselori, UniSZA, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melantik Prof. Ts. Dr. Shukor Abdul Razak sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu menggantikan Prof. Dr. Fadzli Adam yang kini bergelar Naib Canselor UniSZA.

Beliau merupakan lulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) jurusan Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian) dari Universiti Plymouth, United Kingdom.

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat dan Perhubungan UniSZA, Muzafar Mohd. Din, Shukor memiliki kepakaran dalam bidang sekuriti dan rangkaian komputer serta pembangunan aplikasi mudah alih.

“Berbekalkan pengalaman luas itu, beliau menerima pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa dan akan membantu menaikkan imej UniSZA selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas Sesi Lapor Diri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di Bangunan Canselori, UniSZA, hari ini. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.