Covid-19 naik melebihi 3,000 kes

Covid-19 naik melebihi 3,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan semula peningkatan kes positif Covid-19 dengan 3,264 kes berbanding kelmarin, 2,799 kes mengatasi 2,703 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,326 kes diikuti Kuala Lumpur (847), Perak (230), Sabah (208), Pulau Pinang (144), Negeri Sembilan (131), Putrajaya (84), Johor (75) dan Melaka (62). 

Diikuti Sarawak (47), Kedah (37), Pahang (38), Kelantan (14), Terengganu (12) Labuan (5) dan Perlis, empat kes. 

Pesakit Covid-19 yang dirawat dalam wad menurun kepada 442 orang berbanding kelmarin, 496 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 43 kes berbanding jumlah semalam, 41 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan kekal merekodkan 26 kes bersamaan jumlah kelmarin,.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 13 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,026 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan dua kematian Covid-19 berbanding kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,811 kes. 

Ttiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,593 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN