21 PATI dicekup ketika tunggu tekong tepi jalan - Utusan Malaysia

21 PATI dicekup ketika tunggu tekong tepi jalan

SERAMAI 21 asing yang dicekup polis dekat Jalan Pinang, Sungai Yu di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Cubaan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyusup masuk ke negara ini gagal selepas dicekup pihak berkuasa di Jalan Pinang, Sungai Yu di sini, semalam.

Kesemua 15 lelaki dan enam wanita berusia 23 hingga 57 tahun itu ditahan ketika menunggu tekong darat untuk mengambil mereka di tepi jalan berkenaan, kira-kira pukul 9 pagi.

Ops Nyah dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih itu turut memberkas seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang juga tekong dan pemandu arah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Ambia Nordin berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat mengenai sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan di kawasan jalan tersebut.

“Hasil pemeriksaan kemudian mendapati semua pendatang asing dari Medan itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah. 

“Mereka mengaku memasuki Malaysia dengan menggunakan bot melalui laluan tidak diwartakan iaitu jalan laut,” katanya hari ini. 

Jelas beliau, semua tangkapan dibawa ke Pos Bagan Pasir untuk tindakan lanjut termasuk  proses dokumentasi.

Tambah Mohd. Ambia, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN