15,000 sertai pelancaran Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang 2022 - Utusan Malaysia

15,000 sertai pelancaran Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang 2022

ISMAIL Sabri Yaakob bersama Annuar Musa turut serta menyertai Jalan Teguh Bersama pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Dataran Putra, Putrajaya.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bulan Kebangsaan dilancarkan dengan meriah hari ini setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian berikutan pandemik Covid-19.

Paling menarik, lebih 15,000 orang Keluarga Malaysia menyertai program dengan berjalan santai dari Dataran Putra depan Masjid Putra menuju Dataran Putrajaya sejauh 2.7 kilometer.

Bertemakan ‘Berjalan Teguh Bersama’, Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 turut disertai Konvoi Kembara Keluarga Malaysia melibatkan 434 kenderaan dan 530 peserta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai acara berkenaan yang bermula pukul 7.30 pagi dan selamat tiba di pekarangan Istana Kehakiman hampir dua jam kemudian.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Annuar Musa serta barisan jemaah menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Cuaca baik pada sebelah pagi menyaksikan ramai mengambil peluang berjalan bersama keluarga dengan ada yang berpakaian tema Jalur Gemilang dan mengibarkan bendera.

Pelancaran itu juga dimeriahkan dengan anek persembahan muzik irama Gema Asal, Borneo, pancaragam sekolah, selain penampilan beberapa maskot kegemaran seperti Upin & Ipin.

Penganjuran program pada tahun ini turut melibatkan pelbagai agensi dan jabatan peringkat pusat, negeri dan daerah serta kelab permotoran dan badan bukan kerajaan tempatan.

Uniknya, konvoi selepas ini akan menjelajah ke seluruh negara dan berakhir pada 31 Ogos depan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur iaitu lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Orang ramai yang ingin tahu lebih lanjut berkaitan segala aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan 2022 boleh melayari portal Merdeka 360 menerusi pautan http://merdeka360.my/web. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya