Wan Zahidi dilantik Mufti Perak - Utusan Malaysia

Wan Zahidi dilantik Mufti Perak

WAN ZAHIDI WAN TEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilantik sebagai Mufti Perak berkuat kuasa 1 Ogos ini. 

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,  Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, pelantikan Wan Zahidi telah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menurut beliau, pelantikan itu untuk tempoh dua tahun.

“Wan Zahidi berasal dari Gerik, Perak dan merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan yang besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan. 

“Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah Sarjana (MA) Usul Fiqh dari Universiti Al Azhar, Mesir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Ahmad Suaidi, Wan Zahidi  memiliki pengalaman lebih 40 tahun dalam perkhidmatan awam dan bidang akademik khususnya dalam pentadbiran Islam dan pernah menjawat pelbagai jawatan penting.

Menurutnya, antaranya sebagai Pakar Perunding Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Mufti Wilayah Persekutuan dan Felo Kehormat Kanan Universiti Islam Malaysia. 

“Selain itu, Wan Zahidi juga kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI),” katanya.

Bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia pada 30 Mei 2021 pada usia  82 tahun setelah menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini selepas disahkan positif Covid-19.

Datuk Zamri Hashim yang berkhidmat di bawah Allahyarham Harussani selama 24 tahun merupakan Timbalan Mufti Perak. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya