Ubah suai pangsapuri : Tiada aduan PBT rasuah  - Utusan Malaysia

Ubah suai pangsapuri : Tiada aduan PBT rasuah 

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada sebarang aduan diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan aktiviti rasuah dan salah guna kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung penyambungan rumah pangsapuri kos rendah.

Bagaimanapun Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah menasihati PBT agar mengambil tindakan yang telus.

“Saya tahu ramai buat aduan berkenaan pembinaan tambahan yang tidak dibenarkan.

“Sebelum ini, kita ada menyiasat kes sama yang didapati mempunyai unsur rasuah. 

“Terkini, tiada laporan. Mungkin kena semak dengan negeri-negeri juga,” katanya dalam sidang akhbar selepas Anugerah Media SPRM, di sini hari ini

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa buah rumah kos rendah yang membuat penyambungan tidak dibenarkan seperti pangsapuri.

Ia mengundang kritikan pelbagai pihak terutamanya terhadap PBT yang dikatakan tidak tegas menangani isu tersebut. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN