Tiada pemimpin UMNO bakal disingkir - Utusan Malaysia

Tiada pemimpin UMNO bakal disingkir

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : “Tiada lagi ahli Majlis Tertinggi (MT) disingkirkan.”

Demikian jawapan Ahli MT UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah terhadap kenyataan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang membayangkan terdapat beberapa nama pemimpin parti itu dalam senarai menunggu untuk dipecat selepas dicap sebagai musuh politik.

Armand Azha berkata, beliau hairan mengapa ada pihak yang tidak berada dalam mesyuarat MT boleh memberikan kenyataan demikian sedangkan ia berlangsung dengan lancar.

Ujar beliau, penamatan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli MT UMNO adalah hak Presiden UMNO dan keputusan itu telah pun diterima baik oleh ahli-ahli MT lain.

“Malah ada cakap-cakap lebih ramai MT akan disingkirkan adalah tidak benar. Saya pun tidak tahu daripada mana sumber itu sedangkan dia tidak berada dalam MT,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Sebelum ini, Annuar membayangkan terdapat beberapa nama lagi dalam senarai menunggu untuk dipecat selepas dicap sebagai musuh politik.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ketereh itu enggan mengulas berhubung kenyataan tersebut.

Annuar dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung UMNO pada Januari tahun lalu.

Kelmarin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan pengguguran Tajuddin sebagai ahli MT.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, Tajuddin digugurkan bagi memberi peluang kepada Ahli Parlimen Pasir Salak itu bertugas sepenuh masa sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu.

Tempat Tajuddin dalam parti digantikan bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya